ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 31 January 2013

SUAMI ISTERI

SALAM

01/02/2013
10:12AM



Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

sile share slpas mmbace agar lelaki tahu mghargai wanita ♥

IHSAN NUKILAN : hafizrizlan

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Monday 28 January 2013

IKAN TALANG MASIN & TERUNG MASAK KARI

SALAM

29/1/2013


BAHAN-BAHAN

BEBERAPA KEPING IKAN TALANG MASIN
BEBERAPA SUDU KARI IKAN
SEBIJI TERUNG DIPOTONG SERONG
BAWANG MERAH & BAWANG PUTIH (DIMAYANG HALUS)
BEBERAPA CAWAN AIR
GARAM SECUKUP RASA
3-5 BATANG CILI

CARA-CARA

TUMIS BAWANG MERAH & BAWANG PUTIH SEHINGGA NAIK BAU

KEMUDIAN MASUKKAN IKAN TALANG MASIN AGAK2 GARING, MASUKKAN PULA SERBUK KARI

MASUKKAN BEBERAPA CAWAN AIR (ikut kuah nak banyak mana)

KEMUDIAN MASUKKAN CILI 

KEMUDIAN MASUKKAN TERUNG/TOMATO/ KENTANG..MASAK HINGGA MENDIDIH,

MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA

DAH MENDIDIH, ANGKAT, DAN SEDIA DIHIDANG..


SELAMAT MENCUBA!!


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Saturday 26 January 2013

Kisah Benar - Detik-Detik Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir

SALAM..
26/1/2013



DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya 

tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah 

yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang 

tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita 

memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

______________________________________________________


6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital 

Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)


Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor 

mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang 

kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)


Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan 

pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)


Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah 

mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan 

mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu 

disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan 

kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap 

kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.


10 Jan 2013(Khamis)


Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami 

berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 

yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, 

ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk 

airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan 

nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara 


sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.


Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. 

Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar 

dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, 

dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak 

mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan 

Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.


11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan 

buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas 

mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah 

makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 

lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM 

sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis 

Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin 


sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran 

jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak 

stabil.


12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada 

Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya 

oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. 

Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan 

dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 

amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan 

meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)


Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi 

sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang 

patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan 

pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu 

kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup 

mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN 

YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk 

mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang 

memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa 

meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan 

pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang 


belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. 

Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan 

semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan 

redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan 

bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada 

hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata


“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”

Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.

“Orang azan kot” tingkah saya.

Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH 

berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.

Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”

“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin 

memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran 

kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar 

menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan 

kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup 

dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan 

tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan 

malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan 

kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan 

membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa 

dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat 

dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon 


bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa 

berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak 

tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya 

dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan 

terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. 

SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami 


beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.

Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”

Sesekali dia tersenyum manis.

Kami tanyakan "kenapa senyum?”

Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.

"Selalu ke akak terbau macam tu?”

Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan 

menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk 

dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia 

memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang 

dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang 

tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila 

demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, 

bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut 

teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya 

agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal 

kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa 

oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)


Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak 

sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan 

paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang 

menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera 

saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam 

zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong 

akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia 

basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan 


tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. 

Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti 

lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya 

terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan 

seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat 

yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah 


lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil 

darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 

tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak 

doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 

doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula 

membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia 

terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau 

keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. 

Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan 

tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya 


katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab 

“Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya 

pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang 

membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan 

betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang 

rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain 


menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda 

sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi 

air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah 

tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg 


lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia 

akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, 

“Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab 

tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. 

Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air 


matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau 

Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah 

untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak 

tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak 

panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta 


maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan 

tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg 

tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta 

dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, 


Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 

kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa 

macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya 

dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, 

Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong 

kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut 

membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor 

semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota 

badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang 

terbaik untuknya.


Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak 

menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui 

hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar 

diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.


“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam 

zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering 

sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .

Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga 

Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. 

Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk 

menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian 


dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. 

Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak 

pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya 

terkedu lagi. Katanya :

"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah 

terhalang.”

Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”

Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan 

agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata

"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”

"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia 

mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke 

atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak 

menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan 

menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan 


Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU 

okid.


Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan 

mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas 

itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)


Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar 


telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti 

berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak 

prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 

di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib 

tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.


Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% 

sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan 

skrin tu terasa semacam gimik.


19 Jan 2013 (sabtu)


Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut 

untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan 

utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami 

diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak 

menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan 

berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan 

melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan 

tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita 


besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat 

lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak 

dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. 

Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis 

tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya 

dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah 

lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi 

apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak 

membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor 


dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? 

Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan 

tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu 

kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang 

pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika 

jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya 


nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. 

Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor 

menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh 

membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, 

mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama 

kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa 


had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. 

Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang 

mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada 

Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 

pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu 

dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. 


Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun 

kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang 

mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia 

dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal 

alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai 


sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan 

terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam 

seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca 

mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap 

tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.




kalau suka, LIKE la ye..hihihi

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM