ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Monday 26 November 2012

FESYEN STUD

SALAM..

Selamat malam semua, malam ni nak cakap pasal fesyen pulak..cewahhh..sebenarnya tertarik utk bercerita tentang fesyen stud yang menjadi trend sekarang ni.. Actually, fesyen ni dah lame kowt, time aku sekolah2 dulu pun dah ade tapi xtau np sekarang ni timbul balik musim stud ni. Kalau aku tau, xde la aku nak buang gelang-gelang stud aku dolu. Fesyen memang berpusing-pusing balik. Fesyen-fesyen macam ni memang bermusim. Time tgh musim, mmg seeeemua nak pakai. Sethn dua pas tu keluar pulak fesyen lain..Yang paling best n menarik perhatian ku, isteri PERDANA MENTERI kita pun ikuti jugak ye fesyen stud ni..hihihi.. Ini buktinya uolss...

Datin Paduka Seri Dr. Hajjah Rosmah Binti Mansor
Seeeeee...gelang stud yang dipakai Datin Paduka??korang hadooo???hihihihi...xkesahlah kan semua org berhak utk berfesyen. Org yang takut nak mencuba sesuatu yg baru ni alamatnya macam tu je la kan..Hidup ni perlulah warna-warni uolss, barulah best...


BEG STUD AKU
Dah lama jugak aku beli beg ni. Ade beberapa biji yang dah hilang pun. Actually kalo nak beli barang-barang ni, xapayah pun nak ke luar negara uolss... Beli je dekat shopping-shopping complex pun ade. Harga pun berpatutan. Tapi kalau dah memang minat nak beli barang-barang over the C, xkesahlah kan..duit uolsss..tapi yang badget tapi masih mahu bergaya n berfesyen, aku cadangkan uolss carik je dekat TIMES SQUARE tu ha...Pilihan pun banyak..
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

KUIH KETAYAP

SALAM...

Macam biasa, aku nak kongsi resepi yang aku buat untuk sarapan pagi ni. Saje nak buat kuih ketayap lah pulak kan..Selalu beli mesti jumpe yang kureng memuaskan hati. Ade org untuk inti, guna semula kelapa yang telah diambil santan. Memang la rasenya xsedap pun. Gula melaka pulak ala2 je letak nya, so bila buat sendiri hambik ko puas ati, letakla inti seberapa banyak yg korang nak kan..

KUIH KETAYAP KU YANG GUMUKS GUMUKS


KULIT
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
sedikit minyak utk disapu pada kuali
INTI
1 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air

Cara Penyediaan
INTI
  • Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi
  •  Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan.
KULIT

  •  Semua bahan dikisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
  • Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)..
Sebenarnya resepi yang aku buat ni sangat2 lah senang utk diri aku. Ade yang buat agak rumit jugak.. Tapi dengan resepi aku ni jadik pun..So uolss SELAMAT MENCUBA 

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM