ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 5 March 2013

Cara Terbaik Ajar Anak Berjalan



SALAM

5/3/2013
5:11PM




Pasangan suami isteri yang baru dikurniakan anak lazimnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi mereka pandai berjalan.

Mereka sudah pasti berbangga memberitahu rakan-rakan bahawa bayi mereka yang comel sudah mula bertatih dan berjalan jatuh.

Ada juga yang tidak sabar dan cuba ‘mengajar’ bayi mereka belajar berjalan, lebih-lebih lagi apabila melihat anak rakan yang sebaya sudah pandai berjalan mahupun berlari.

Sebenarnya, bayi tidak perlu ‘diajar’ kerana mereka akan membuat keputusan sendiri apabila telah bersedia untuk melakukan perkara itu.


Sesetengah kanak-kanak bagaimanapun, masih gagal berdiri sendiri walaupun telah mencecah usia 18 bulan.

Jika perkembangan dalam aspek-aspek lain seperti fizikal, pertuturan dan sebagai berlaku secara normal, ibu bapa sepatutnya tidak perlu berasa bimbang.

Namun, sekiranya masih berasa terlalu risau mengenainya, pergilah berjumpa doktor.

Berjalan ada kaitannya dengan keseimbangan dan perkembangan motor. Bagi sebahagian kanak-kanak, mampu berdiri adalah satu pencapaian, manakala melangkah setapak demi setapak adalah satu matlamat yang mesti dicapai tanpa merasai penat.

Berikut beberapa panduan bagi membantu anak agar pandai berjalan:

Walker bayi

Peralatan seperti tempat duduk, beroda dan berbingkai (walker) bukanlah alat bantuan terbaik untuk mendidik anak belajar berjalan dengan lebih cepat. Ini kerana, kerusi walker boleh menghalang perkembangan semula jadi mereka untuk belajar bertatih. Bayi yang menggunakan walker akan bergantung kepada alat itu untuk mengimbangkan diri dan bergerak. Akhirnya, otot yang mereka perlukan untuk berjalan tidak akan berkembang sepenuhnya. Walker juga perlu digunakan dengan berhati-hati kerana statistik kemalangan meningkat setiap tahun berpunca daripada alat tersebut.

Berkaki ayam

Cuba memakaikan kasut pada bayi agar mereka belajar bertatih dengan pantas bukan tindakan yang betul.
Biarkan anak membiasakan diri dengan pelbagai jenis permukaan seperti rumput, karpet, kayu dan pasir. Ia suatu suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan bagi anak-anak.

Pegang tangan

Walaupun ia kelihatan seperti cara terbaik untuk membantu anak, tetapi dengan memegang tangan ibu bapa mengganggu keseimbangan badannya. Ini kerana kejadian alam telah melengkapkan kita dengan tapak kaki dan jari kaki bagi keseimbangan badan. Sebaliknya, cuba pegang anak pada badannya agar ia berdiri tegak.

Interaksi

Pengalaman ini merupakan satu perspektif baru bagi kanak-kanak dan pasti bukan sahaja ia teruja malah ibu bapa juga berkongsi kegembiraan itu. Habiskan banyak masa dengannya untuk memberikan anak anda keyakinan untuk bangun sendiri apabila jatuh, ketawa dengan gembira dan galakkan dia agar mencuba lagi.
Anak anda akan cuba mencapai apa sahaja apabila dia mula berjalan. Dan anda pastinya merindui hari-hari ketika dia cuma terbaring di atas katilnya!


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Monday, 4 March 2013

PETANG ISNIN

SALAM

4/3/2013
7:23PM


           mana aku lepak lepas amik princess besar balik sekolah tadi??pegi lepak rumah housemate lame masa study dulu..iye itulah jawapan nya..huhuhu..dekat je umah tapi sesat gaks..huhu yang penting sampai hokayyy!!!
    
     tuan umah dah siap masak kan lunch utk kami..yeahhh..ayam masak lemak & sayur kangkung..sedappp..
    
     lepak2 gossip2 tetibe tgk jam dah pukul 4ptg..alahaiii cepat bebenor..balik pun macam bese aku sesat jugeks..huhu..





inilah gambar2 puteri2 & putera2 i..hihihi..sape kate i ade puteri je??putera pun ade dah 2..kuikuikui
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Sunday, 3 March 2013

KIDZANIA KL

SALAM

4/3/2013
8:35AM


                        baru berkesempatan nak menghapdate tentang kidzania..pergi last week..ikut sekolah princess besar buat trip ke sana..sempat amik beberapa keping pic..sgt enjoy sebenarnya pergi sana..tp mungkin lagi enjoy sekiranya kanak2 yang dah sekolah lah pergi coz baru dapat nak join semua yang ada kat sana sebab ada had2 umur..

dlm bas on the way ke kidzania
    
beratur untuk dapat band 
  
memasing dah siap pakai & ready 2 scan band 

inilah mama punye

adik ngan mama pun itut :)

masa check in ni, dapat cheque

ni masa nak cash kan cheque yang dapat tadi kat cimb HOKAYYYY..hihi

depan pintu masuk dgn pengetua & pengurus UNIVERSAL KIDS ACADEMY 



ini duit yang digunakan yang dipanggil "kidzos"

    sebelum masuk, mereka di beri sedikit ucapan..yang menarik perhatian i, jika nak ucap thank you, perlu ucap zhang you..nice :)

     macam2 aktiviti dan pekerjaan yang ada kat dlm ni..sgt best sebenarnya, dan yang pasti terlalu byk pic yang aku nak masukkan..hihi boleh lah tgk kat fb i ye :)

     ini utk rujukan sesiapa yang merancang utk ke sana:
 
BAYARAN MASUK:
Ages: 0 – 1BabyFree
Ages: 2 – 3ToddlerRM 35
Ages: 4 – 17Kid (Malaysian)RM 60
Ages: 4 – 17Kid (International)RM 75
Ages: 18 – 59Adult (Malaysian)RM 35
Ages: 18 – 59Adult (International)RM 50
Ages: 60+SeniorRM 30



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM