morning..sementara ada masa & xade ape dah nak buat, tetiber rase nak hapdate resepi gulai tempoyak ikan kembong yang aku masak utk lunch last week..ngeh ngeh..baru berkesempatan nak berkongsi resepi khenn... mesti tertanye, kenapa nak buat gulai tempoyak ikan kembong kan?nape x masak ayam masak lemak tempoyak ke kan?eh suke hati lah kan..??kekeke.. sebenarnye bukan ape, sebab pertama, kat umah ade ikan kembong & ayam tapi masalah nya santan pula xade,so aku tetiber rase nk tukar plak selera..k mudah cepat dan sedap gak.. Bahan-bahan:
ikan kembung ~ ikulah berape ekor korang nak kan
15 biji lebih atau kurang cili api ~ tumbuk
1 batang serai ~di titik
2 sudu atau lebih tempoyak
Serbuk kunyit secukupnya
Garam dan sedikit gula.
asam keping sikit
bendi (saje nak bg cantik sikit)
Air ~ ikut pekat kuah yg diingini
Cara penyediaan 1. Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masak sampai mendidih 2. Kemudian masukkan ikan dan biarkan ikan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi. masukkan asam keping, kemudian masukkan bendi
3. Bila ikan sudah masak, bolehlah diangkat.
SIAP SUDAH
ANTARA LAUK2 LAIN YANG DI MAKAN DGN GULAI TEMPOYAK.. :D
pfttt...baru balik dr berjumpe sahabat lama di banting..oleh kerana ari ni cuti krismas maka, kami pun mengambil kesempatan membawa kids jenjalan..plan asal nak bwak bby check up jerk..tapi tetiber trus plan nak jumpe sahabat lama ku sewaktu belajar dulu... aktiviti yang lain dlm entri seterusnya la yerk..entry ni nak bercerita tentang sahabat ku yang sorang ni.. tersangat2 baik bagiku...sentiasa ada sewaktu aku susah dan senang sewaktu belajar dulu..ye la kan masa belajar dulu jauh dr familia so kawan2 jerk la yang dekat...insyaAllah ikatan ni akan berpanjangan walaupun kami berjauhan...Amin...
gambar macam xclear kerana faktor pencahayaan..lagipun snap pakai bb jee... kami singgah pantai morib tadi tapi xsempat nak snap2 sbb baby menangis..mungkin sebab cuaca yang panas...