ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 25 November 2012

MAKAN AJEEE...

SALAM...

Baru sekarang dapat nak berbelog uolss..Memang weekend jer aku akan bz, bkn bz ape bz dgn family je. Weekend umpama family day utk aku.. Hari2 lain incik hubby saaaaangat sibuk dengan kerja nya. Aku sememangnya akan manfaatkan waktu2 yang ade supaya anak-anak dapat menghabiskan masa bersama. Yela kan waktu-waktu mcm ni je la bersama-sama utk melihat anak membesar. Waktu mcm ni dtg sekali jerk seumur hidup..Kalau tak kemana-mana, kami duduk di rumah, makan, tgk tv, tido, mkn, tgk tv, tido.. Tu je la..So utk sabtu ahad minggu ni aku just masak-masak jerk kat rumah.. Aku pun baru habis 100 hari berpantang. Ni ade beberapa pic masakan yang nak di kongsi uolss..

MENU TGH HARI 24 NOV 2012
Hari sabtu aku masak lauk kegemaran seisi keluarga iaitu ayam masak kicap..hahahaha...senang sangat kowt..Tapi dah anak aku suka makan kicap so masak je la ape yang dia suka. Aku pun ade buat salad+telur.. Yang ni memang lauk berkhasiat utk aku.. :P. Teh o ais pula feveret incik hubby..

MENU 25 NOV 2012
Hari ahad pula aku masak telur dadar sosej, kari sardin dah sayur campur cendawan. Masak tgh hari tadi agak awal jugak dlm pukul 11 so, hari ni xde brekpas la teru lunch je.. Maklumla memasing bangun lambat.. Nasib baik jugak aku masak awal hari ni sebab tengah hari td air kat kawasan rumah aku tak ada pula.. Dah petang baru lah ada balik..
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Saturday, 24 November 2012

KEK BATIK

Salam..

Aku suka makan kek batik ni. So 1st time buat xberapa nak menjadi jugak walaupun sebenarnya senang yang amat la nak buat nya. Banyak kali buat jadi la jugak..hehehe

Kek Batik Yang Belum Dipotong

Siap Potong
Ni resepi aku sendiri:


Bahan-bahan ( 1 loyang )

    * 4 sudu serbuk koko (ada org guna milo)
    * 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
    * 1 buku buttercup
    * 1 biji telur ayam
    * serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
    * 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie
      biase bkn yg perisa koko)


Cara-cara

1- Panaskan kuali (api perlahan), Masukkan butter.
2- Bila dah cair masukkan cepat2 serbuk koko
3- Masukkan susu pekat, kacau
4- Masukkan telur sikit demi sikit
5- Kacau laju2 supaya tak berketul
6- Masukkan biskut marie. Agak-agak da lembut padamkan api..SIAP!!

**SELAMAT MENCUBA**

p/s -kalau da buat, share-sharela dekat sini :)
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

POPIA MAGGIE


Salam..

Bila bercakap tentang hobi sebenarnya hobi aku lebih pada memasak. Suami dan anak-anak pun memang suka makan. Walaupun masak xada lah sedap mana, tapi yang penting nak mencuba resepi yang baru memang best. So tak pelik la rancangan kegemaran aku jugak lebih kepada rancangan memasak. So dekat page ni aku akan kongsikan beberapa resepi. Resepi yang pertama aku nak share ialah POPIA MAGGIE..haaa pernah buat x?hihi..dekat sini ada beberapa keping gambar yang akan aku kongsi dengan korang semua..step by step ye..

Antara bahan-bahan yang diperlukan

Langkah pertama


Popia yang selesai digulung

Popia yang digoreng
Siap digoreng
SIAP!!
So ini lah resepi pertama yang dikongsikan dengan korang semua..Lepas ni byk lagi resepi yg akan dikongsi..


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM