ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 25 March 2013

MEE HOON GORENG CAMPAK-CAMPAK

SALAM

26/3/2013
10:04AM


      selamat pagi uolss...dah sarapan ke??me??just buat mee hoon goreng campak-campak jerk this morning for breakfast...jadik lahh..Alhamdulillah kenyang sudah...ini semua gara2 cuti sekolah selama seminggu so, i pun malas lah nak mangun..pukul 7am still bergolek-golek lagi atas katil.

  730am bgn itu pun kerana si tecik dah mangun...maka pikir2 nak buat breakfast ape??terus terpandang bihun & taugeh yang masih ade stok...potong2 sosej & pentol yang ade tinggal sikit lahi, tumbuk2 rencah..zassss masakkkk...siap lah sarapan pagi ini & bekalan utk incik hubby ke pejabat...

as usual, my breakfast must have hot milk :)

***jgn lupe ya sarapan pagi sangat penting!! dont skip it***
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Sunday, 24 March 2013

APA ITU POWER BANK?

SALAM

24/3/2013
9:35PM

          sekarang ni hidup i akan menjadi lebih senang dgn adanya POWER BANK..td incik hubby telah bagi i POWER BANK ni...die tau wife die ni mmg 24jam dgn bb..pantang battery low cepat2 cas..dlm kete or kat rumah..tp dgn POWER BANK ni, kat mana2 pun bley cas bb ku ini..hihi




  tapi apakah POWER BANK ni??duk cite jerk kan...apa yang i paham, POWER BANK ni adalah sebuah alat untuk menyimpan energi..ada jugak yang panggil portable charger..

  bila tgh2 shopping ke kan, tetiber hp uolss 

battery low ha cepat2 lah charge dgn POWER 

BANK ni..bolehlah kan guna sebelum nak charge 

kat umah..berapa kali plak boleh guna??

bergantung pada kapasiti POWER BANK uolss 

lah...



   bila dah sampai rumah tu jgn pulak lupa nak 

charge POWER BANK uolss.
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

PM: Penerima lesen teksi individu wajib beli Proton Exora

SALAM

24/3/2013
8:52PM



          Seramai 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata semua pemandu teksi yang menerima lesen individu itu wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.

"Ia satu lagi komitmen kerajaan untuk memastikan pemandu teksi dapat menyediakan kenderaan yang sesuai bagi kemudahan dan keselesaan penumpang," katanya pada majlis pemberian lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini. 

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyerahkan 200 lesen individu pertama manakala selebihnya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Turut hadir pada majlis itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku penaung Pertubuhan Teksi Malaysia dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata Yayasan Rakyat 1MDB akan beri geran itu, bermakna harga Proton Exora bernilai RM64,000 akan dikurangkan kepada RM59,000.

Selain itu, katanya kumpulan pemandu teksi berkenaan juga bakal diberi kemudahan untuk menurun dan mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2.

Perdana Menteri berkata ini merupakan 'satu lagi janji ditepati' kerana kebajikan pemandu teksi juga perlu dijaga dan dijamin bagi membolehkan mereka menyara keluarga di samping menikmati masa depan lebih baik.

"Walaupun tidak dinafikan syarikat teksi telah memberi peluang pekerjaan kepada pemandu teksi tetapi ada juga yang mengeksploitasi pemandu teksi seakan-akan sistem penghambaan zaman moden," katanya.

Justeru, katanya usaha kerajaan itu sekali gus dapat memelihara kebajikan pemandu teksi selain menjadi titik permulaan kepada sistem baharu yang akan dilaksana bila sampai masanya nanti, kerana bukan sesuatu yang mustahil untuk mencapai perkhidmatan teksi bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata pemandu teksi yang menerima geran itu perlu memberikan bai'ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu teksi yang bersopan, amanah dan "jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya".

Beliau berkata banyak bantuan telah disediakan kerajaan sebelum ini, misalnya program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disusuli BR1M 2.0

"Berbeza dengan pembangkang, mereka buat (demonstrasi jalanan) Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 tetapi kita buat BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan juga TR1MA telah diberikan, tidak lama lagi SPAD akan lancar TR1MA 2.0," katanya.

TR1MA akan memanfaatkan 76,000 pemandu teksi di seluruh negara.

"Inilah kerajaan yang beri kebajikan, membela masa depan rakyat, bukan menyusahkan negara, bukan langgar undang-undang, bukan hancurkan negara, tetapi membina negara lebih baik, berbeza dengan pembangkang," kata Najib.

Sementara itu, Syed Hamid berkata berkata pemberian lesen teksi individu tidak akan membawa kepada lambakan teksi kerana syarikat-syarikat teksi telah menyerahkan kembali lesen teksi mereka. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat teksi kerana atas tanggungjawab sosial korporat (CSR), menyerahkan kembali lesen teksi. 

"Dari semasa ke semasa, jika lebih ramai daripada mereka mahu menyerahkan (lesen), dengan itu kami akan mengeluarkan lebih banyak lesen. Kita juga akan membuat kajian daripada segi pertambahan penduduk dan permintaan. Kita tidak akan keluarkan lesen sewenang-wenangnya. Kita nak tentukan semua orang boleh cari makan," katanya. 

Mengenai pemberian geran RM5,000, Syed Hamid berkata ia merupakan peluang terbaik yang diberikan kerajaan untuk membolehkan pemandu teksi memiliki kereta sendiri.

"Penerima akan menikmati tempoh bayaran balik selama tujuh tahun serta kadar bayaran bulanan yang lebih rendah dan kereta tersebut tidak boleh dipindah milik...saya berharap penerima lesen teksi individu akan memberikan perkhidmatan terbaik," katanya.

- Bernama

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Saturday, 23 March 2013

SARAPAN @ PAPPARICH PUTRA WALK

SALAM

23/3/2013
4:39PM

            pagi td sempatlah bersarapan di PappaRich Putra Walk sebelum incik hubby pergi bekerja..ada lah beberapa keping pic yang di snap utk rujukan uolss yang nak try pula...



PappaRich Putra Walk
G-1-G, Block G, Putra Walk Jalan PP25, 
Bandar Putra Permai Sek 2 43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: +603 8938 2980
Fax: +603-8958 2884



ANTARA MENU2 YANG ADA


MENUNGGU

ADIK DAH MAMAM BISKUT DIE DULU..HIHI
DAH TENYANG, DIE PUN ZZZZZ...GUD
   antara menu2 yang kami order..


ini utk princess besarku..
PAPPARICH NASI LEMAK RM8.90


ini air i & incik hubby
MILO DINOSAUR RM4.80
WATERMELON JUICE RM5.80

ini utk i
ROTI BAKAR WITH PEANUTS RM5.80



ini utk incik hubby

posing verangan lah jap kan..huhu

    
yang bestnya kat PappaRich ni, ade wifi free..
         

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Monday, 18 March 2013

RESEPI MURTABAK MINI

SALAM

19/3/2013
10:11AM

   

  tetibe cam teringin nak makan murtabak..tp nak tunggu pasar malam yang malas tu..so pegi kedai beli kulit popia..bahan2 lain dah ade..terus dapat idea nak buat murtabak mini..hihi..jom kita kongsi resepi yang simple & cepat ni..


inti

bhn2:
sebiji bwg putih (potong dadu)
sebiji bwg besar (potong dadu)
2 biji kentang (potong dadu)

mix vegetable
isi ayam(ptg kecik2) - blh ganti daging kalau suka
1 sudu rempah kari
2 biji telor ayam
garam secukupnya
kulit popia
minyak utk menumis dan goreng




cara2:
-tumis bwg putih,
-masuk serbuk rempah kari daging yg dibancuh dgn sdkt air
-tggu pecah myk, masuk isi ayam dan air
-agak mendidih/hampir msk, msuk kentang,msk garam
-bila kentang dah empuk,msk bwg & mix vegetable,
-gaul rata & biarkan seketika sblum ttp api
-pecahkan telur dlm inti tadi
-letkkan 2-3 sudu int dan balut inti tu atas kulit popia
-goreng sampai garing...then balikkan..
-biar garing lg sebelah...siap hidang






kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Wednesday, 13 March 2013

GELAGAT MEREKA DI IKEA

SALAM

14/3/2013
9:14AM


              saje lah pergi ke ikea sementara beliau cuti...dgn harapan nak beli barang sikit..meatball??aku dah muak plak ngan meatball ikea..huhu..sbb pantang ke ikea mst pekena meatball so busan pule..




        yang pasti dua beradik ni buat macam rumah sendiri pulak..huhuhu...





       
   benda yang dia main ni dah ade kat rumah tapi die ckp "kenapa xmelekat kat dinding??" adoii...
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Tuesday, 12 March 2013

KANAK-KANAK & ALAM PENEROKAAN

SALAM

12/3/2013
6:30PM


       kalau dah suri rumah, mmg melayan anak jer lah aktiviti i seharian..yang paling besh dapat melihat anak2 membesar dpn mata & kita dapat menjaga sendiri makan, minum, pakai dll..

      menariknya pulak anak2 yang sedang nak membesar ni mcm2 yang mereka nak terokai & cuba..temasuklah anak2 ku..sorang 4 thn & sorang lagi 7bulan..

ini salah satu mainan yang si kakak cipta..train katanya..hihihi
           
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Wednesday, 6 March 2013

PERNAH TRY JFC?

SALAM

7/3/2013
9:55AM


   selamat pagi..uolss semua pernah x try JFC??ok actually i baru jer 1st time try last week..not bad..dgn ayam yang besar & harga yang sangat berpatutan hokay..i think uols should try too...tapi x sure dkt semua tempat ada atau just dkt puchong gateway..yang pasti JFC ni ada delivery maka dgn ini senang la kerja i lepas ni..hihihi






kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Lamborghini Veneno : Lambo Bernilai RM 12 Juta

SALAM
6/3/2013
5:42PM








        Sempena menyambut ulang tahun syarikat 

mereka yang ke-50, Lamborghini memperlihatkan

Lamborghini Veneno di Pameran Kereta Geneva 

hari ini. Seperti kesemua kereta buatan 

mereka, Veneno mengambil nama dari 

lembu ternama yang tekorban di gelanggang 

Matador. Veneno ialah seekor lembu yang 

terkenal pada tahun 1914 kerana kepantasannya 

dan berjaya membunuh seorang matador. 

Lamborghini Veneno diperkasakan enjin V12 6.5 

liter 750 kuasa kuda dan dibina hampir 

sepenuhnya menggunakan gentian karbon. 

Kelajuan maksimumnya pula ialah 354 kilometer 

seham! Hanya 3 Veneno akan dihasilkan dan 

setiap satunya dijual pada harga USD 3.9 Juta 

(RM12 Juta) dan kami difahamkan ketiga-tiganya 

sudahpun terjual!







kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Tuesday, 5 March 2013

Cara Terbaik Ajar Anak Berjalan



SALAM

5/3/2013
5:11PM




Pasangan suami isteri yang baru dikurniakan anak lazimnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi mereka pandai berjalan.

Mereka sudah pasti berbangga memberitahu rakan-rakan bahawa bayi mereka yang comel sudah mula bertatih dan berjalan jatuh.

Ada juga yang tidak sabar dan cuba ‘mengajar’ bayi mereka belajar berjalan, lebih-lebih lagi apabila melihat anak rakan yang sebaya sudah pandai berjalan mahupun berlari.

Sebenarnya, bayi tidak perlu ‘diajar’ kerana mereka akan membuat keputusan sendiri apabila telah bersedia untuk melakukan perkara itu.


Sesetengah kanak-kanak bagaimanapun, masih gagal berdiri sendiri walaupun telah mencecah usia 18 bulan.

Jika perkembangan dalam aspek-aspek lain seperti fizikal, pertuturan dan sebagai berlaku secara normal, ibu bapa sepatutnya tidak perlu berasa bimbang.

Namun, sekiranya masih berasa terlalu risau mengenainya, pergilah berjumpa doktor.

Berjalan ada kaitannya dengan keseimbangan dan perkembangan motor. Bagi sebahagian kanak-kanak, mampu berdiri adalah satu pencapaian, manakala melangkah setapak demi setapak adalah satu matlamat yang mesti dicapai tanpa merasai penat.

Berikut beberapa panduan bagi membantu anak agar pandai berjalan:

Walker bayi

Peralatan seperti tempat duduk, beroda dan berbingkai (walker) bukanlah alat bantuan terbaik untuk mendidik anak belajar berjalan dengan lebih cepat. Ini kerana, kerusi walker boleh menghalang perkembangan semula jadi mereka untuk belajar bertatih. Bayi yang menggunakan walker akan bergantung kepada alat itu untuk mengimbangkan diri dan bergerak. Akhirnya, otot yang mereka perlukan untuk berjalan tidak akan berkembang sepenuhnya. Walker juga perlu digunakan dengan berhati-hati kerana statistik kemalangan meningkat setiap tahun berpunca daripada alat tersebut.

Berkaki ayam

Cuba memakaikan kasut pada bayi agar mereka belajar bertatih dengan pantas bukan tindakan yang betul.
Biarkan anak membiasakan diri dengan pelbagai jenis permukaan seperti rumput, karpet, kayu dan pasir. Ia suatu suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan bagi anak-anak.

Pegang tangan

Walaupun ia kelihatan seperti cara terbaik untuk membantu anak, tetapi dengan memegang tangan ibu bapa mengganggu keseimbangan badannya. Ini kerana kejadian alam telah melengkapkan kita dengan tapak kaki dan jari kaki bagi keseimbangan badan. Sebaliknya, cuba pegang anak pada badannya agar ia berdiri tegak.

Interaksi

Pengalaman ini merupakan satu perspektif baru bagi kanak-kanak dan pasti bukan sahaja ia teruja malah ibu bapa juga berkongsi kegembiraan itu. Habiskan banyak masa dengannya untuk memberikan anak anda keyakinan untuk bangun sendiri apabila jatuh, ketawa dengan gembira dan galakkan dia agar mencuba lagi.
Anak anda akan cuba mencapai apa sahaja apabila dia mula berjalan. Dan anda pastinya merindui hari-hari ketika dia cuma terbaring di atas katilnya!


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Monday, 4 March 2013

PETANG ISNIN

SALAM

4/3/2013
7:23PM


           mana aku lepak lepas amik princess besar balik sekolah tadi??pegi lepak rumah housemate lame masa study dulu..iye itulah jawapan nya..huhuhu..dekat je umah tapi sesat gaks..huhu yang penting sampai hokayyy!!!
    
     tuan umah dah siap masak kan lunch utk kami..yeahhh..ayam masak lemak & sayur kangkung..sedappp..
    
     lepak2 gossip2 tetibe tgk jam dah pukul 4ptg..alahaiii cepat bebenor..balik pun macam bese aku sesat jugeks..huhu..





inilah gambar2 puteri2 & putera2 i..hihihi..sape kate i ade puteri je??putera pun ade dah 2..kuikuikui
kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Sunday, 3 March 2013

KIDZANIA KL

SALAM

4/3/2013
8:35AM


                        baru berkesempatan nak menghapdate tentang kidzania..pergi last week..ikut sekolah princess besar buat trip ke sana..sempat amik beberapa keping pic..sgt enjoy sebenarnya pergi sana..tp mungkin lagi enjoy sekiranya kanak2 yang dah sekolah lah pergi coz baru dapat nak join semua yang ada kat sana sebab ada had2 umur..

dlm bas on the way ke kidzania
    
beratur untuk dapat band 
  
memasing dah siap pakai & ready 2 scan band 

inilah mama punye

adik ngan mama pun itut :)

masa check in ni, dapat cheque

ni masa nak cash kan cheque yang dapat tadi kat cimb HOKAYYYY..hihi

depan pintu masuk dgn pengetua & pengurus UNIVERSAL KIDS ACADEMY 



ini duit yang digunakan yang dipanggil "kidzos"

    sebelum masuk, mereka di beri sedikit ucapan..yang menarik perhatian i, jika nak ucap thank you, perlu ucap zhang you..nice :)

     macam2 aktiviti dan pekerjaan yang ada kat dlm ni..sgt best sebenarnya, dan yang pasti terlalu byk pic yang aku nak masukkan..hihi boleh lah tgk kat fb i ye :)

     ini utk rujukan sesiapa yang merancang utk ke sana:
 
BAYARAN MASUK:
Ages: 0 – 1BabyFree
Ages: 2 – 3ToddlerRM 35
Ages: 4 – 17Kid (Malaysian)RM 60
Ages: 4 – 17Kid (International)RM 75
Ages: 18 – 59Adult (Malaysian)RM 35
Ages: 18 – 59Adult (International)RM 50
Ages: 60+SeniorRM 30



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM