Awal pulak malam ni online sebab anak-anak dah tido awal. Hari ni nak bercerita tentang susu ibu pulak rasanya.. Iyelah ada baby dan sememangnya itulah rutin harian seorg bayi, menyusu, tido dan menyusu, tido..Alhamdulillah aku masih lagi bf anak ku..Harap-harap dapatla lama kali ini. Semua pun tahu susu ibu memang sangatlaaaa bagus nya..especially susu yang awal.. ramai yang tertanya-tanya kot apa tu susu awal? Susu peringkat awal ni namanya KOLOSTRUM..Kenapa pulak ek kolostrum ni bagus??haa meh sini i story kat uolsss...
Kolostrum ni dihasilkan selalu dalam lingkungan 3 hari pertama selepas kelahiran bayi. Kolostrum ni mengandungi pelbagai khasiat dan kaya dengan antibodi. Sebab kat dlm kolostrum ni ade protein yang menghasilkan antibodi...haaa protein yang ade kat dlm ni dikenali sebagai SIgA. SIgA ni hanya terdapat dlm susu ibu je tau uolss..
KOLOSTRUM |
Penyusuan yang kerap dengan pengosongan susu ibu yang baik akan menjamin dlm pengeluaran susu. Ini dapat membantu uolss dlm usaha untuk menyusukan bayi secara esklusif (tanpa minuman atau makanan tambahan). Yang penting positifkan minda uolss, minum air banyak2 dan berdoalah..