ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

MY LOVELY FAMILY


SALAM..



Alhamdulillah tarikh 08.08.08 telah menyatukan aku dan incik hubby sebagai suami isteri dgn 2 kali lafaz. Kami selamat dinikahkan selepas JUMAAT di MASJID JAMEK MUAR..Setiap kali balik MUAR dan lalu depan MASJID tu mesti aku rasa berdebar je...hihihi..kelakar pulak..Harap2 jodoh kami kekal sehingga ke SYURGA..Amin..

MASJID JAMEK MUAR.

Sebelum tibanya hari yg penuh bermakna ni bermacam-macam dugaan yg kami lalui..Biasala kan org selalu cakap DARAH MANIS. Tapi kami berjaya jugak mengharunginya.Dengan masalah tempat la, pelamin la mcm2 lagi.Aku org johor so bermacam-macam adat sebenarnya keluarga ku nak ikut. Akhir sekali setelah dapat kata sepakat, masing2 setuju buat majlis di MUAR sahaja.



Setelah selesai bernikah siangnya, kami bersanding pula sebelah malamnya. Yang pasti aku berasa sangat bertuah kerana memilih BELIAU sebagai suamiku..INSYAALLAH..




ANAK



PUTERI PERTAMA

Alhamdulillah aku telah dikurniakan 2 org puteri yang comel dan bijak. Puteri yang pertama kami bagi nama ZALIA AMIZA.. Lahir pada 13 JULY 2009.. Dilahirkan di HOSPITAL KUALA LUMPUR secara normal dengan berat 2.96kg.

ZALIA AMIZA


Sekarang sudah berumur 3 thn pun..Pejam celik cepat sungguh masa bergerak. Pelbagai ragam dlm membesarkan anak. Yang penting aku sangat seronok dan dapat melihat die membesar depan mata ku sendiri..

SEWAKTU BIRTHDAY YANG PERTAMA

MAJLIS HARI JADI YANG KE-2 THN

MAJLIS HARI JADI YANG KE-3



PUTERI KE-2



Pada 16 OGOS 2012 pula aku selamat melahirkan seorg lagi puteri di HOSPITAL SERDANG. ZARITH AMILIA lahir secara normal dengan berat 2.76kg. Alhamdulillah pelbagai dugaan yang aku hadapi sebelum melahirkan ZARITH :)

ZARITH AMILIA
Bila diingat-ingat balik, mmg nak tergelak. Ikut due date doktor, ZARITH lahir pada 31 OGOS tapi terrrrawal pula.hehehe..Tak pe la yang penting selamat dan sihat tarikh tu x penting pun.

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

No comments:

Post a Comment

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM