Selamat malam semua. Hari ni nak buat resepi ketam masak lemak yang simple. Resepi ni favourite incik hubby..Ketam plak mmg favourite aku pun..Resepi ni simple je yang penting sedap kan..huhuhu
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI |
BAHAN-BAHAN
- 5-6 ekor ketam
- Santan 1 kotak kecil
- 9 batang cili padi (ikut korang la kan nak pedas mana)
- kunyit hidup
- 3 batang serai di titik
- sekeping asam keping
- garam (mmg kene ade la kan)
CARA-CARA
- Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat.
- masukkan ke dlm periuk bersama-sama santan pekat tadi
- lepas tu masukkan serai yang dititik tadi
- masukkan pula ketam & asam keping
- kacau dan masukkan garam secukup rasa
- kacau sehingga ketam bertukar warna dan dah boleh lah angkat
Senang je kan? yang penting jgn bagi kuah tu pecah minyak so kene kacau je lah kuah tadi..
SELAMAT MENCUBA!!