ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 21 July 2013

.: OMEGA SHAKLEE :,

SALAM

22/7/2013
10:54AM


  OMEGA  GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA..





Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon 
    PMS wanita 

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Mencegah salur darah dari tersumbat

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok

5.  Mengekalkan tekanan normal darah

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7.  Mengurangkan sakit kepala

8.  Merendahkan kolestrol

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil  - membantu tumbesaran dan       
    perkembangan otak janin

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk         
    kesihatan kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti   
    eczema, psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah,hepatitis, 
   
    SLE(lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser             prostat dan kanser kolon.

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan


22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 


23. Memelihara fungsi-fungsi sendi


24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan      

 anak


.:::SEKIRANYA BERMINAT ATAU ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH 

PM/CALL/WHATSAPP 0176030428 (ZAZA):::.

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Wednesday, 17 July 2013

.: ZALIA AMIZA 4 YEARS :,

SALAM

18/7/2013
10:01AM

                          selamat pagi & selamat berpuasa yang ke 9...pagi ni baru berkesempatan nak update beshday my 1st baby girl ZALIA AMIZA...sekejap je dah 4tahun...hikhik...cepat sgt membesarnya..
        birthday tahun ni just celebrate dkt school memandangkan zalia dah bersekolah..2nd celebration buat dkt umah just kecil-kecil je..
        yang penting die happy & dapat kek DOC MCSTUFFIN nya tu...mmg happy sgt tu..

inilah kek zalia utk tahun ni..tempah kan kawan zz..

sebelum ke school snap-snap dulu pic kek dgn adik..


   ok pagi tu papanya hantar zalia ke school..zz plak siap2 kan pape yg patut utk dibawa ke school die..tepat jam 10.15 we olss pergi ke school zalia..ala2 surprise lah ni..hikhik..

   sampai-sampai die tgh belajar..pukul 1030am ada short break setgh jam..so teacher2 pun kemas2 meja dan apa2 yang patut utk mulakan majlis birthday zalia..

  nasib baik teacher2 semua sporting..hihi..

zarith amilia pun dgn xnak kalah hokay..yg belakang tu teacher zalia...

sebelum majlis bermula..

    
yeahhh...dah standby depan kek..

kawan-kawan pun dah standby nak nyanyi..
yeahhh dah tgh nyanyi lagu birthday

potong kek..

time to eat!!!

separuh kek dah dipotong

    selepas makan kek dan bagi goddie bag kat semua kawan-kawan zalia, mama, papa & adik ait pun balik rumah...

    yang kelakarnya, masa teacher nak potong kek, ade kawan-kawan zalia ckp "alaaa jgnlah potong kepala die" hahaha..kelakar bdk2 ni..

    ok celebration yg dekat rumah, kita sambung next entry ok...daaaa


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

.: GLA SHAKLEE :.

SALAM

17/7/2013
10:53PM


           malam ni nak update PROMO JULY...iaitu GLA...mmg ramai yang telah order dan memberi feed back yang sangat memuaskan hati..
sekiranya berminat boleh pm/call/whatsapp 0176030428 (zaza).. promo berlangsung sepanjang JULY 2013...



 : GLA :.

1. Herba tradisi yang dipercayai 

- Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal selia estrogen dan testosteron

- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan menopaus

- Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly

- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

5. Menentang Kanser

- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

6. Memperbaiki inflamsi kulit

- Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

7. Menghalang komplikasi diabetes

- Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan

- Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan yang berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

9. Menghalang tekanan darah tinggi

- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelaka masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction

10. Memperbaiki tekstur rambut

- Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

11. Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)

- Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif.

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita

Ramai yang salah anggap, bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isisnya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (menopaus lelaki).

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

.: I'M BACK :.

SALAM

17/7/2013
10:08PM


           selamat berpuasa semua...hari ni sudah hari yang ke 8 umat ISLAM berpuasa..dan zaza baru sempat nak wish kat uolss...ye laa setelah hampir 4 bulan menyepikan diri...kuang kuang...hari ini sudah kembalikan diri dan INSYAALLAH akan mula aktif kembali...ye ye je la kaannn...buka ape semua hari ni???zz buka nasi+ayam goreng kunyit+kari ayam+sayur kailan goreng je...masak sendiri je..nanti next entry kita update resepi pulak ye...


   sebenarnya, setelah hampir 4 bulan menyepi, bersebab bila langsung xda mood nak menaip...dgn anak-anak yg semakin aktif membesar...

   mood plak tgh swing swing kerana....
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v
              v

yeeee...kerana ini...Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka kami sekeluarga..apa-apa pun kami terima dgn hati yang terbuka...kandungan sudah masuk 2nd trimester...due date insyaAllah bulan 12 nanti...harap-harap dipermudahkan semuanya..Aminnnn...



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Friday, 31 May 2013

Solat Dhuha

SALAM

10:27PM
31/5/2013


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.



Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha 
(surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;

 Surah 
Ad-Dhuha :)


 Surah 
As-syams :)


Doa Solat Dhuha...
printt pon bley :)



“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Kelebihan Solat Dhuha :

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


 ” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiapbertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalamkebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Monday, 15 April 2013

LECITHIN SHAKLEE

SALAM

16/4/2013
12:12AM

     
Lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya. Berperanan utk memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb. Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb. Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung. Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... .


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Sunday, 14 April 2013

TEH TARIK PLACE AT EMPIRE GALLERY

SALAM

14/4/2013
5:28PM

         kat entry ni nak cite tentang kedai makan yang ada dlm empire gallery iaitu, TEH TARIK PLACE...actually 1st time we ols masuk empire gallery ni..


    we olss tertarik nak makan kat TEH TARIK PLACE sebab reka bentuk dlm nye yang lain sikit dr kedai2 yang ada kat dlm tu..memang banyak sangat kedai makan kat dlm tu..tapi kedai style2 mamak gak yang menarik perhatian ku dan incik hubby..


    harga makanan kat sini ok just nice memang standard harga-harga biasa pun..menu pun just yang simple2 jerk..


   we olss pun order yang sempoi2 pun..sebenarnya tajuk nya makan petang..sebab sampai sini pun dlm pukul 4pm lebih..

pilihan i di mana2 memang milo dinosour..x payah ckp lah kan memang best..yang sirap bandung tu incik hubby punya..sedap gak umpp..

mee rebus ni i yang order..hurmm macam kureng sikit lah sedapnya..dan bahan2 kat dlm pun kureng..harga RM7.00

ini incik hubby punye..mee goreng mamak..harga pun RM7.00

ayam goreng princess besar x snap pulak..time ni die tgh kusyuk makan cup cakes yang beli masa dlm empire td..

ka
incik hubby dengan pwincess2 nya..si princess besar tu mimik muka tgh gewram kat adik die tuu...huhuhu


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Saturday, 13 April 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE

SALAM

14/3/2013
1:41PM


                                      hari ni jom kita bercerita tentang set berpantang dr shaklee...masa anak pertama dulu x berkesempatan nak amik set shaklee ni...yang kedua hari tu, baru la berkesempatan..yang pasti, result nya sangat best dan xsia2 i ambil set ni..berbaloi-baloi..lepas pantang pun masih boleh teruskan lagi..manyak syiok wooo...





Dengan  zaman moden dan serba maju ni, set berpantang pun seiring dengan zaman jugak..tiada lagi JAMU..tiada  lagi masalah BAU YANG KURANG MENYENANGKAN, masalah SEMBELIT, kerunsingan TIDAK KEMBALI KE BENTUK BADAN ASAL, masalah LUKA YANG LAMBAT KERING, HARGA SET BERPANTANG YANG TERLALU MAHAL...

MENGAPA PERLU MENGAMBIL SET BERPANTANG SHAKLEE???

-SUDAH TENTU SET INI SELAMAT UTK IBU DAN BAYI
-BOLEH DIMAKAN SEJURUS SELEPAS BERSALIN KERANA MENGANDUNGI VITAMIN SEMULAJADI
-KEBANYAKAN MAKANAN PERLU DIELAKKAN DLM BERPANTANG, TETAPI DENGAN SET SHAKLEE MEMPUNYAI MULTIVITAMIN YANG LENGKAP..JADI TIDAK PERLU RISAU KEKURANGAN SUMBER VITAMIN UTK IBU DAN BAYI..
-MENSTABILKAN HORMON DAN MENGELAKKAN GEJALA MEROYAN
-MELANCARKAN PENGHASILAN SUSU IBU
-MEMBERI TENAGA & MENYIHATKAN TUBUH BADAN (WALAUPUN KURANG TIDUR GARA-GARA MENJAGA SI KECIL)
-SELAIN ITU, ESP MEMBANTU MENCANTIKKAN KULIT IBU DAN BAYI YANG MENYUSU


:::UTK MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT & TEMPAHAN BOLEH TERUS:::
CALL/WHATS APP 017-6030428 @ BBM 30FBBB26 (ZAZA)

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Monday, 8 April 2013

SHAKLEE : SET UTK KANAK-KANAK

SALAM

8/4/2013
9:44PM




MEAL SHAKES

SIAPA YANG PERLU MENGAMBIL MEAL SHAKES???

  • tiada/kurang selera makan
  • memilih makanan
  • selalu demam/kurang sihat
  • mempunyai athma & bronchitis
  • mempunyai eczema
APA KANDUNGAN MEAL SHAKES???
  • asid folik, kalsium, biotin dan magnesium utk membina tulang & sel dlm tumbesaran
  • mengandungi protein termasuk asid amino
  • vitamin A,C,E, zink, selenium sbg anti-oksida. vitamin B complex,zad besi
  • mengandungi serat larut yang membantu menyingkirkan lemak
  • tanpa pewarna & bahan tiruan
  • berperisa vanilla sesuai utk kanak-kanak & seisi keluarga


OMEGA GUARD


MENGAPA PERLU MENGAMBIL OMEGA GUARD??


  • Membantu meningkatkan memori kanak-kanak
  • meningkatkan sistem imun badan
  • membantu menyihatkan paru-paru
  • membantu membaiki alahan kulit
  • mengurangkan demam
  • membantu masalah kanak-kanak hyperaktif

OMEGA GUARD mengandungi minyak ikan terbaik dunia..


:::utk mendapatkan harga yang terendah & mampu milik,bolehlah menghubungi saya :)



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Friday, 5 April 2013

SELAMAT PAGI

SALAM

6/4/2013
7:54AM

       selamat pagi blogger loverrrr...hari ni hari sabtu, semua org nak bangun lambat..but me??jgnlahh engkau bermimpi...lalala...tgk2 kat sebelah si tecik dah rancak buat kije..nasib baik si kakak masih lena di buai mimpi...mane aku xckp mimpi, sbb tetibe dgr die ckp "mama saya punnnn"..aik???ape yang pun tu???teng teng teng...



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Wednesday, 3 April 2013

SELAMAT PAGI

SALAM

4/4/2013
11:31AM


                                  selamat pagi walaupun dah pukul 11 am..masuk hari ni dah 2 hari baby besar ku menangis ke skool..hurmm hari pertama sebab nak bola keranjang katenye..bila incik papa dah bawak pergi beli semlm, hari ni masih lagi menangis..nak ai stay dgn die dlm kelas..bila tanye kenapa, die ckp xda apa2..hurmm..

          xsenang hati pulak..lepas hantar td, ai just bbm hubby ajak bekpes kat mcd jerk coz x sempat nak masak..sambil2 boleh jugak discuss tentang baby besar ni..

isi perut dulu..

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

ROJAK BOX FARA FAUZANA

SALAM

3/4/2013
10:11PM

                           yeahhh...sape yang xkenal dgn fafau kan??die baru jerk bukak kedai rojak bulan MARCH lepas..nama kedai tu ROJAK BOX..lokasi nya dekat KL SENTRAL..betul2 sebelah chat time :).. 
         i pun xnaklah ketinggalan merasa rojaknya..so ok not bad...ada 2 jenis rojak.. rojak regular cuma RM6.90 dan Rojak Sotong RM7.90...we olls just tapau jerk..lepas tu makan kat RASA MAS..sebab sebelah jerk..

keadaan di depan kedai

ini yang we olls tapau..sedapppp


kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Tuesday, 2 April 2013

BIG APPLE DONUT & COFFEE

SALAM

2/4/2013
10:27PM


           tetiber rase nak makan benda2 yang manis pulak.tapi xnak lah makan gula2 kan...huhu..so terus incik hubby suggest BIG APPLE.. ok jugak tu..memandangkan big apple ade kat tesco, which is dekat jerk dgn umah i..so terus je lah tapau BIG APPLE..



kat sini ada lah rujukan harga utk uolss yang teringin nak beli pulak kan...
last-last 6 ketul jerk lah yang i sambar..ini pun yang peberet aje..huhu



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

Monday, 1 April 2013

RESEPI MEE HOON BAKSO

SALAM

1/4/2013
9:42PM

        salam, hari ni nak kongsi resepi mee hoon bakso..sebenarnya buat mee hoon bakso ni last week tapi tak sempat nak hapdate uolss..biaselah bz sesangat..walaupun duk umah tapi bz bukan main...sedap gaks la mee hoon bakso ni..habis licin sebab, org2 dlm rumah ni memang feveret they all sup..




Bahan:
Mee/mihun 
Pentol




KUAH:

3 biji bawang merah dihiris
 ulas bawang putih-ditumbuk
*1/2 inci halia-ditumbuk
*1sk lada sulah biji-ditumbuk
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
sup bunjut
4 sekawan
Bahan sampingan:


taugeh
kentang
sambal cili api
kicap 
sili sos
daun sup dihiris
bawang goreng


Cara:

1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.masukkan 4 sekawan sehingga  garing
2. Masukkan air
3  Masukkan sup bunjut, kentang, garam dan sedikit daun 
sup/bawang, serbuk lada sulah & pati dagaing / ayam
4. Kemudian masukkan pentol (bebola daging).
5. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh. Tuang kuah dgn bebola. Jangan lupe taburkan daun sup          



utk pedas, bolehlah buat cili padi yg ditumbuk dan dicampurkan dgn kicap..Ade jugak yang  hidang dgn sos tomato..

SELAMAT MENCUBA



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM