ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 27 November 2012

SUSU IBU

SALAM...

Awal pulak malam ni online sebab anak-anak dah tido awal. Hari ni nak bercerita tentang susu ibu pulak rasanya.. Iyelah ada baby dan sememangnya itulah rutin harian seorg bayi, menyusu, tido dan menyusu, tido..Alhamdulillah aku masih lagi bf anak ku..Harap-harap dapatla lama kali ini. Semua pun tahu susu ibu memang sangatlaaaa bagus nya..especially susu yang awal.. ramai yang tertanya-tanya kot apa tu susu awal? Susu peringkat awal ni namanya KOLOSTRUM..Kenapa pulak ek kolostrum ni bagus??haa meh sini i story kat uolsss...

Kolostrum ni dihasilkan selalu dalam lingkungan 3 hari pertama selepas kelahiran bayi. Kolostrum ni mengandungi pelbagai khasiat dan kaya dengan antibodi. Sebab kat dlm kolostrum ni ade protein yang menghasilkan antibodi...haaa protein yang ade kat dlm ni dikenali sebagai SIgA. SIgA ni hanya terdapat dlm susu ibu je tau uolss..



KOLOSTRUM
Susu ibu ni senang diserap dan senang dihadam, sebab tu lah bayi cepat rasa lapar..selalu memang doktor cadangkan bagi bayi susu 8-12kali/24jam..Masa anak yang pertama dulu aku x ada pengalaman so lepas melahirkan tu ingatkan bayi nangis sebab lapar, so bagi susu tapi tetap menangis. Lepas tu pikir pulak aku xda susu..Tapi sebenarnya bukan susu masalah utama kerana perut bayi yang baru dilahirkan hanya lah sebesar biji guli aje..Bayi yang baru dilahirkan memerlukan pelukan ibunya selain dr lampin basah lah kannn...sebab bayi ni akan rasa sangat tenang apabila mendengar degupan jantung ibu..iye lah uolsss 9 bulan kowt dlm perut ibu dan selama itu bayi ni mendengar degupan jantung ibu.. Bagi mereka degupan jantung inilah irama yang paling indah..SUBHANALLAH...




So jgn lah mind set korang duk pikir susu xade ye..sesungguhnya ALLAH menciptakan sesuatu itu mencukupi berdasarkan keperluannya..Jadi uolss kenelah yakin, sekiranya seseorg ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anak mengapa pula xmampu untuk menyusukan anaknya sendiri.. betul x?



Penyusuan yang kerap dengan pengosongan susu ibu yang baik akan menjamin dlm pengeluaran susu. Ini dapat membantu uolss dlm usaha untuk menyusukan bayi secara esklusif (tanpa minuman atau makanan tambahan). Yang penting positifkan minda uolss, minum air banyak2 dan berdoalah..



kalau suka, LIKE la ye..hihihi

No comments:

Post a Comment

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM