ZAZA | 0162641262 | zzaza24@ymail.com | shaklee | tupperware

CINTA KAMI

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 2 December 2012

KUIH KOCI

SALAM..

Malam ni saya nak kongsi resepi kuih koci..Resepi ni amik drpd mak.Incik hubby plak tolong beli barang-barang tgh2 malam..die memang rajin layankan aje bini die ni..hihihi

IN DA MAKING
BAHAN-BAHAN

DOH


  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • air (ikut kekenyalan doh)
  • daun pisang
INTI

  • 1 biji kelapa parut
  • 1 ketul gula melaka
  • daun pandan (utk disimpul)
  • 1 1/2 cawan air
  • santan pekat

CARA-CARA

INTI

  • Cairkan gula melaka dgn api sederhana
  • kemudian masukkan kelapa parut
  • masak kedua2 bahan tadi sehingga agak kenyal supaya inti boleh di buat bulat2 kecil
DOH

  • Campurkan tepung pulut dan tepung pulut hitam tadi
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan uli perlahan-lahan sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat

KUIH KOCI

Setelah siap, layurkan daun pisang di atas dapur sehingga daun pisang lembut. kemudian daun pisang disapukan minyak masak supaya doh tidak melekat. doh tadi di ambil dan dileperkan dan dimasukkan inti yang telah di bulat-bulatkan tadi. setelah itu masukkan sedikit santan pekat di atas kuih koci tadi dan daun pisang dilipat. Kemudian kukus di atas kukus dengan air yang mengelegak panas selama lebih kurang 15-20 minit. dah siap!!



SELAMAT MENCUBA!!!

kalau suka, LIKE la ye..hihihi

No comments:

Post a Comment

HAKCIPTA ZAZAMROL85@BLOGSPOT.COM