12:45PM
17/2/2013
biasa x korang dgn situasi macam ni..mungkin biasa bagi mereka yang selalu naik LRT huhu...muka cantik dah sekali angkat ketiak, amik HITAM keh keh..ini juga peringatan utk diri sendiri jugak...
KENAPA ya ketiak boleh hitam????
antara FAKTOR-FAKTOR:
Elakkan mencukur bulu ketiak kerana ia hanya akan membuatkan ketiak semakin sensitif, seterusnya menjadi gelap.
Beralihlah ke teknik waxing, kerana waxing akan menghilangkan bulu sehingga ke akarnya. Khidmat waxing boleh didapati di klinik kesihatan atau salon kecantikan terpilih. Ini lebih membantu dalam pembersihan bulu ketiak you all.
Penggunaan deodoran yang mengandungi alkohol dan wangian tajam ternyata tidak baik untuk kulit ketiak you all. Pigmentasi akan berlaku justeru menggelapkan kulit ketiak.
Sebaiknya, gunakan deodoran yang bebas alkohol dan selalu bersihkan ketiak setiap kali mandi dan jangan biasakan tidur dengan sisa deodoran.
Ketiak adalah ‘kubu’ segala kekotoran terkumpul. Kotoran-kotoran tersebut berupa sel-sel kulit mati yang membuat ketiak menjadi gelap.
Untuk mengelakkan perkara nie terjadi, pastikan you all rajin membuat scrubbing di sekitar daerah ketiak. Pilih scrub dengan ekstrak lemon yang membantu mempercepatkan proses pemutihan semula ketiak.
Jangan pakai baju yang terlalu ketat di bahagian ketiak dan pilihlah kain jenis cotton. Kain sintetik yang kesat akan memberi kesan kepada ketiak dan lama kelamaan ketiak akan berubah menjadi gelap.
CARA PUTIHKAN KETIAK SECARA TRADISIONAL...
i pernah lah jugak buat cara ni tapi masa dlm pantang jer lah..sekarang ni memang sangat lah x ada masa..
amik jer limau nipis & kapur sirih campur & gaul kan..lepas tu sapukan dekat ketiak uolss...buat lepas mandi,biar kan beberapa minit..insyaAllah...
No comments:
Post a Comment